.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, September 7, 2012

"On" tangan, "on" minda, "on" hati

 


Pagi ini hadir di BTPN Kelantan untuk menyempurnakan majlis penutup kursus anjuran BPG yang melibat seramai 20 orang guru Sains dan 30 orang guru Mateamtik rendah dari PPD Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Kursus ini dimudahcarakan oleh 2 orang pegawai Pusat Sains Negara yang memberi fokus bagaimana melaksanakan P D P sehingga selain dari tingginya minat guru tetapi dapat menarik minat pelajar untuk belajar melalui pendekatan menyeronokkan. 

Kata seorang guru yang terlibat " sekiranya inilah caranya, murid tak akan ponteng kelas " dan beliau akan mengimplimenkannya seboleh upaya apabila kembali ke sesi P D P dalam kelas nanti.

Semasa berucap, saya lebih menyentuh tentang capaian anak didik kita dalam persaingan akademik di peringkat antarabangsa. Sumber TIMSS, PISA, UNESCO, Bank Dunia, IMF dan agensi berasaskan pendidikan lainya menunjukkan bahawa Malaysia berada dalam kategori lemah tetapi lebih baik dari negara jiran,Indonesia dan Filipina . Thailand lebih baik dari kita dan Singapore berada dalam Kategori Sangat baik ,, band 2, Shainghai no.1 ( Hebat pencapaian akademik pelajar mereka).

Bagaimana kita untuk masa akan datang, hampir 60% dari 412k guru Malaysia kini akan berkhidmat untuk 20 tahun lagi. Sekira mutu P D P masih ditakuk lama, maka kedudukan untuk 20 tahun lagi agaknya sukar berganjak.Pencapaian kita kekal lemah.

Ayuh mari kita mengubah cara dan budaya kerja kita, kita perlu  maju sebagaimana majunya negara lain. Maju dan berintegriti. Kekal istiqamahkan amanah... Sesungguhnya ALLAH  tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Berubah untuk menjadi lebih baik adalah tuntutan agama. Berubah dari malas menjadi rajin, dari tak kreatif menjadi kreatif, dari tak kritis menjadi kritis, dari tak inovatif menjadi inovatif.

Mengubah generasi akan datang kini ditangan pendidik. lantas laksanakan P D P berkesan dengan lindungi masa bertugas... kerana kita akan disoal nanti akan segala perilaku di dunia ini.

Tahniah kerana Cik. Roslina dan Urusetia BPG. Jua kepada sahabat lama Dr. Suhaimi Kadir dari BTP Induk yang membetangkan peripentingnya Kajian Tindakan dalam memperkasakan P D P. Jua kepada 2 pegawai Pusat Sains Negara. Terima kasih kerana memilih Kelantan untuk tahun ini. tak lupa kepada En. Shariman Penolong PPD Sains Matematik K. Krai dan semua peserta yang hadir.

On tangan - Kemahiran Proses Sains
On Minda - Kreativiti dan inovasi: menaakul
On Hati -  Sentuhan yang berkesan

On kan ...jangan tak on

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh