.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, February 15, 2013

Menjelang PRU13..berkatalah mantan Presiden KGMMB

 Masa Tengah Kamcing

Dr M dicabar tanding lawan Anwar dalam PRU

"Biasalah dalam politik .. sendiri bisa lawan"
Bekas pemimpin kesatuan sekerja hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad, yang didakwanya sering memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bertanding menentang bekas timbalannya itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang 
 














(Nordin [kanan] dalam sidang medianya hari ini)
Bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood berkata ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" oleh bekas perdana menteri tersebut dengan pelbagai cara dan patut dibela.

"Mahathir mendakwa beliau banyak berjasa kepada negara termasuk bangsa Melayu.

"Untuk memastikan sama ada benar beliau seorang yang banyak berjasa kepada rakyat terutama orang Melayu dan negara ini, dan masih mendapat sokongan daripada rakyat, wajarlah Mahathir bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini menentang Anwar," katanya di sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini

"Saya yakin rakyat akan menjadi hakim yang adil dalam pertandingan ini," tambah Nordin, yang pernah menganggotai majlis ekonomi negara pada 1990.

Selain itu, Nordin berpendapat, mantan perdana menteri itu juga kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.

Menurut Nordin, memandangkan Tun Mahathir dilihat banyak mencampuri urusan politik negara biarpun sudah bersara adalah lebih baik jika tokoh negara itu bertanding bagi membuktikan kewibawaan beliau.

"Biasanya, apabila orang bersara dia akan berkecuali, seperti yang berlaku di negara lain.  Namun berbeza bagi Tun Mahathir. Beliau masih menunjukkan kesungguhan dalam politik negara ini.

"Jadi, orang kalau berminat dengan politik, kena bertandinglah bagi membolehkannya menyumbang kepada politik," tegas beliau kepada media.Tambahnya, pertandingan dua tokoh politik itu juga dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Nordin juga turut mencadangkan agar Mahathir dan Anwar bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

"Takdirnya, kalau Mahathir kalah (di Permatang Pauh) tidaklah beliau berasa rendah diri kerana kawasan ini adalah kubu kuat Anwar.

"Kalau bertanding di Kubang Pasu dan Mahathir kalah, maka jatuhlah status ketokohan beliau.

"Kalau tak setuju juga, mereka boleh bertanding di mana-mana kawasan atau di Kuala Lumpur. Saya yakin Anwar di mana-mana akan diterima rakyat," katanya lagi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh